Translate

Thursday, June 28, 2012

My Journey as Overlander Begin

Pada March 2011, aku memulakan perjalanan aku as overlander bersama saudara Hadi Hussien aka Murahguru merantasi 4 buah negara (Malaysia, Thailand, Cambodia, Laos-Boten border Laos China). Masa ni aku nek Yamaha FZ150i dan beliau nek Versys. Terkedu, gembira, nerbes kerna berpeluang bersama Solo Ride KL-London yg sebelum ini aku hanya membaca perjalanan beliau melalui blog http://iamalaysian.com , surat khabar. Syukur alhamdulilah, terima kasih Tuhan kerna makbulkan permintaan ku ini untuk ride jauh lagi secara solo. Manyak aku belajar bersama beliau, dari segi membaca peta, how to use GPS, GPOS (Guna Pala Otak Sendirik),  learn about the bike, character of the bike,  take a picture and many more, thank you so much Murahguru. Bukan glamour yang aku cari tapi ilmu sebagai overlander. Skunk aku paham apa itu erti sebagai overlander. Kiranya time ni aku tengah training lah selama dua minggu. Lupa plak, terima kasih kepada bos aku yang bagi aku cuti selama 2 minggu. Semoga bos dimurahkan rezeki, cepat naik pangkat...aminnn. So next time nak lagi cuti lamaaaaa skettttt boley ya bos sebulan ka ;). Cuti ride..hehehe. Yang paling best nya, ada yg kata kami pergi beramai, lebey dari 2 orang..emmm nak fitnah pun agak2 lah kan, klu saudara/saudari x tau hujung pangkal baik diam ja. Bila aku tanya ada gambar ka yg dok gebang kami ride lebey dr 2 orang? Hahhh..diam la plak.


Before that enjoy this video, ride safe to all people out there and have a nice day





Route and places for ride 4 nation (Malaysia, Thailand, Cambodia, Laos, Boten-Border Laos China)



Malaysia (05.03.2011)
Flag off bermula dari Seri Hartamas pada 5hb March 2011 heading to Hatyai. Bersama ngan saya pada flag off tu bro Harris Andria dan Sis Rita, bro Anas and the geng, makasih manyak2. Time isi minyak di Sg Perak, adalah sorang brother datang tegur, pakai superbike nak kemana? Hatyai ka? Aku geleng pala. Krabi ka? Aku geleng lagi. Phuket ka? Aku jawab Borten border Laos-China. Dia terdiam, aku negok muka dia terkedu. Mesti dia ingat aku buat lawak ka pa ini budak pompuan. Sambil tu dia usha aku dari ats sampai bawah, pas tu usha plak moto aku. Aku senyum ja. Pas salam, dia pun belah. Aku cakap menda betol. Our 1st destination Hatyai, Thailand. Time ni x rasa lemau lagi...hehehe..maintain doo. Walaupun pergelangan tangan kanan aku patah, baru sahaja sembuh aku nekad tetap meneruskan ride ini, once in the life time. Bermalam di King Hotel, nice hotel ada parking moto tuuu dan ada pengawal yang menjaga. Kira jakun sket lah, maklumlah aku ni 1st time ride kuar dari Malaysia.

Bro Harris and Sis Rita, makasih manyak2 yaaa

Skru kat batteri plak tercabut
 Btolkah, mimpikah, dreamkah aku...layan jek laaa
Apit kiri dah sampai London, tengah dan apit kanan our destination heading to the North

 King's Hotel dalam kenangan

Thailand
  • Hua Hin (06.03.2011)
Our next destination Hua Hin. Hahahaha....time ni lah aku lemau yang teramat. Mana x nyer millage dari Hatyai ke Hua Hin +-775km. Seriously aku x penah rasa lemau yang teramat sepanjang hidup aku ride dengan 12 jam on da bike. Belum pernah sejarah dalam hidup aku ride dengan millage -+775km bersamaan 12 jam.  Sampai Huan Hin sementara mencari guesthouse aku park ja moto aku, aku rebah dooo. Ting tong aku. Cakap pun dah x betul dah, senget ja. Aku diam ja, x cakap manyak. Tapi kenangan manis buat aku. Actually badan kita ada tahap limit dan kita kna push our body to capai maximum level. So skunk aku tahulah aku punya tahap body aku cam ner.Itu yang murah guru ajar aku lah. Sampai kat  guest house pas makan malam aku padam. Clock ja pukul 5 pagi waktu tempatan aku jaga. Aku ni jenis bangun awal, lewat mana pun tidur bila aku travel. Seperti biasa, aku menunggu murah guru aku bersiap aku dah ada di motor siap ngan barang dan GPS. Anak murid kena la awal dr tok guru baru berkat ilmu. Hari2 ride kadang2 12 jam -14 jam sehari, emmm...pa pun im really enjoy it. Ride pagi, sampai destinasi malam. Pas dinner, padam.

 

Land mark yang paling aku suka

 Jauh nyaaaaaaa..adehhhh

Park ja moto aku pun rebah, lemau tahap gaban time ni +-775 km dari Hatyai-Hua Hin


 

Cambodia
  • Siem Riep (07.03.2011-08.03.2011)
Alhamdulilah lemau dah kurang compare to 1st day dan 2nd day. My body dah immune for the journey 700km++ in one day. Lepas ja bekpes our destination to Siem Reap, Cambodia. Even journey 700km++ aku enjoy the ride, im happy. Lemau tu, dah kurang, aku enjoy the view. Taste the food, smell the fresh air....oooo yesss. Highway yang smooth. Masuk plak Bangkok, berselirat punya highway. 3 layer, aku pun pening. Dia punya jem, mak aii..lori sana sini, kira jem kat KL ok lagi lah. Kami ikut highway yang x sepatutnya motosikal lalu, klu ikutkan kna saman. Alhamdulilah, Tuhan lindungi perjalanan kami dengan selamat sehingga ke border Poi Pet. Kami sampai agak malam, tapi aku termiss masa ni time kat pintu gerbang "Kingdom of Cambodia" maklomlah dah malam nak ambik pic bukan nampak pung. Tak per mungkin suatu hari nanti aku akan ke sini lagi bersama bike aku untuk ambik pic. Kami pun heading to Siem Riep. Fuhhh..jalan dah la berdebu, ngan gelap, jalan pulak contra, driver x kiralah moto ka, basikal ka, kereta ka, lori, ka soma ikut suka hati mak bapak dia nak jalan. Penduduk kampung plak suka hati lintas jalan dah la gelap gelemat mengharap lampu moto, aku mula 2 tu terasa kekok gak la. Kami stay 2 hari satu malam di Siem Riep, the next day kami ke Angkor Wat. Tempat Tom Rider tuuu....

 Sesat time ni...

 Aku pun x sedar bila skru ni tercabut...pengajaran sebelum memulakan perjalanan pastikan skru anda mencukupi termasuklah diri ku ini yaaaa...ingattttt

 Makasey bang

 Wow ana manyak untunglah...ini malam ana manyak untung lah. Jual minyak tepi jalan jaaa...

Hepi yeeee kak. Isi kak selagi boley isi. Rezeki akak malam ni, jauh kami datang kak

Aikkk...Sempat akak ni senyum, makasey kak tolong isi minyak kat moto saya ni

We stay herelah


  I want park my bike here, someday

 

 

  

Kalaulah dapat park moto haku dlm Angkor Wat...





 

 

Laos
  • Pak Se (09.03.2011)
Perjalanan kami di teruskan dari Siem Riep ke Pak Se. Dia punya jalan sama jugak ngan Cambodia, contra berdebu, kereta, basikal, lori soma lintas sesuka hati. I must be extra carefull. Kereta aku lepas, moto aku lepas, bas aku lepas, anjing aku lepas, aiseymannnnn ayam aku x lepas daaa...mati di lenyek kesian dia, tu la awat x lintas pandang kiri kanan. 4 ekor lintas tba2, time tu jalan kampung nak ke Stung Treng. Masa ni still kat Cambodia. 3 ekor lintas aku pun punya baik divert budget2 lepas la konon, hambik kau, lenyek ngan tayar moto aku sampai terburai isi perut. Nak benti, kiranya nak cari nahaslah dengan penduduk kampung maka aku pun terus jaa. Sambil ride aku gelak tahap gaban, adeh sakit pewut aku. Dia punya town-town kecik di Laos macam zaman 80's di Malaysia. Budak2 g sekolah nek beskal, bonceng moto dengan x pakai helmet. Berdebu usah cakaplah. Anjing plak landing baik tengah jalan. Tapi aku enjoy semua itu. Kami cross border dalam hutan, macam koboi plak lah. Sampai ja border, pun malam. We take decision to carry on. Seyes beb, gelap. Tba2 jeng2 kabus yang teramat tebal muncul, sampai lampu depan aku x nampak jalan. Tba2 aku rasa seram sejuk, berdiri bulu roma aku dooo...Dalam a few minutes la kejadian tu. Seperti besa aku wat dekkk jek la maleh nak pikir bukan ada paedah pun, manyak menda len aku nak pikir..just dalam hati aku baca surah apa yg patut dan aku ckp aku tumpang lalu jaa jangan kacau aku udah ler. Alhamdulilah back to normal, kabus pelan2 hilang. Lebey kurang dalam pukul 10 malam kami tba di Lankham Hotel dengan selamat, seperti besa lepas ja dinner aku padam.

 

 Sebelum kejadian ayam mati dilenyek

 

 

Anjing, babi, bas, lori, moto lintas aku lepas. Ayam aiseyman, x lepas. Len kali lintas nengok kiri, nengok kanan.

  • Vientiane  (10.03.2011)
After bekpes next destination to Vientienne, capital of Laos. Stay one night there, sampai ja town malam.

 

 

 Ini pun tempat jatuh tergolek akan ku kenang, depan Lankham Hotel, Pak Se Laos


 Pas ni nak ikut jalan mana plak

 Local people usha moto kami. Siap tanya "How many dollar? Its beautiful" erkkk

 

Apa punya tulisan aku x paham daaa

At Vientiane , we stay here

  • Luang Prabang (11.03.2011)
O yesss..dis i like. We cross laluan pergunungan, apa lagi aku melefer lah sampai lebam..muahaha. Sampai muntah aku melefer. Coner dia mabeles. kira pra 1k noner lah. Kiranya aku melefer sampai lemaulah. Bermacam2 koner aku lalu. Sampai tahap "bila lah nak habis koner niiii dooooo".  Night market dia pun best. Tapi aku bukan jenis shoping. Paling habis aku beli fridge magnet dan tshirt wat kenangan. Sebelum tdur kami cam besa plot jalan for the next destination dan update apa yang patut.  

 

 

  

  

 

 

Rehat jap, sebelum sambung melefer sampai lebam

 Senyum ya kak..tara nak pijak kayu ni brapa lama ambik masa..muahahahaha


We stay here at  Luang Prabang, Pakham Guesthouse 

  • Boten - Luang Namtha (12.03.2011)
As usual pas bekpes n plot jalan, we start our journey to the Boten border Laos-China. Time ni jalan nya off road, berdebu, berbatu, mak aiiii lom penah aku mengoff road kan diri tahap maksima. Tapi aku enjoy kerna ianya sangat best. I like it. Punya lah lama aku layan off ni nak ke Boten, kiranya habis lah jaket n seluar riding aku ni x nampak rupa dan berdebu, lubang idung aku pun dah berkilo debu rasa kot. Mula2 tu aku berdiri la time off road tu, peh tu maleh dah. Aku duduk ja. Tapi yang memberi semangat pada aku adalah bendera China dan bas lalu lalang yang ada bendera China along the journey. Bas yang keluar dari China masuk Laos through Boten and sebaiknya.Alhamdulilah sampai gak aku kat Boten, hilang segala penat, kematu kat punggung layan off road yang berkillo2 meter nih. No words can describe, just to say Thank You Allah. Time nih aku posing baik punya kat penanda Boten 1km. Posing sampai lebam. Depan aku ni adalah check point to enter China. Aku hanya tersenyum, terkedu bila dah sampai. Aku berkata dalam hati, i promised with my self that i will come back again solo or may be further up, insya'allah. That's my wish before im leaving Boten. Doa orang musafir ni di katakan makbul. 

 

 

 

 Syukur alhamdulilah i made it. Hilang segala penat, kematu punggung, sengal tangan...berbaloi2..

 

 

Bro ni dari kami sampai dia duk usha kami..makasey bro tolong ambik pic kami 

  

Check point enter China. Jaket and seluar dah x nampak rupa, layan off road nak sampai cni
 

I will come back alone or may be further up, one day..insya'allah

 



 

  • Luang Namtha
Pas habis sesi posing memosing kami pun ke Luang Namtha untuk bermalam di sana. Dugaan aku plak, aku hampir nak lenyek anak babi. Mula2 2 ekor keluar dari semak, aku pun nengok aloooo temey nyer. Peh tu kuar lagi sekor, aku pun tekezut ya amat, time ni Murah Guru laju ke depan. Aku divert baik punya, nasib baik divert aku ni melepasi sasaran yang di tetapkan. Klu x dengan aku pun sekali tergolek atas jalan.

We stay here

Sempat gak nak bergambo ngan haku

With the owner of Manychan Guest House, very nice guy

 

Thailand
  • Mei Sai (13.03.2011)
Kami cross dari Laos ke Thailand melalui Chiang Kong. Kami nek bot yang ngam2 muat Big V dan Fjek. Hahahaha..sekali dalam seumur hidup, merasa nek moto+bot=motobot. Dalam hati hanya Tuhan ja yang tahu betapa gayat nya, tapi aku kontrol ayu... Golden Triangle, walaweiiiii. Dulu negok org arakian sal GT ni, aku time ni nga nga ja la. Alhamdulilah, rezeki aku sampai gak aku ke GT ni, sempadan 3 negara Thailand, Burma, Laos. Cam besa dan akan besa aku posing sampai lebam. Pas habis posing kami pun bermalam di Mei Sai. Kami bersarapan di Myanmar pekena cakoi, peh tu masuk lik Thailandlah.. 

 

Aku melefer x hingat dunia oooo dunia


  

   

  

Yang aku berdiri ni Laos, seberang sana Thailand. Aku mati2 ingat ada bridge, tafffe....  

 

Aku punyalah berangan nak nek yg tu, boley posing baik punya...berangan jek laaaa 
 

 

Last2 nek bot, moto+bot=motobot, muahahaha.. Fjek kasi loading masuk dulu

Peh tu Big V, Fjek duk belakang Big V duk depan satu bot 

 Lalalalalala....dalam hati Tuhan ja yang tau, klu tergoleklah, nak posing cam ner keras aku kat belakang...tapi memang best la plak, next ride aku nak bawak kapcai aku nek bot plak..

 

Yahoooo...dah sampai. Big V loading keluar dulu 

 Fjek loading kendian. Makasey bang tolong kami

  

  

 

 Disebabkan kereta yang tak beberapa nak ada aku pun landing baik tengah jalan

 


 

  

  

 


 

I'm here like a dream  

  Nak carik koci...nak carik koci....nak carik koci

  

  

Im in Mynmar now, going for breakfastlah...next time kasi bawak moto masuk. City of the Golden Triangle
  
  • Mae Hong Song
Hah, inilah yang aku idamkan selama ni. Soma koner aku layan oooo yessss.....koner sampai muntah. Jalan dia superbb, setengah org kata syurga koner para bikers. Aku pun melefer sampai lebam, kira qado' x yah nek awana setahun lah kot. Ahaks. Melefer sampai lupa diri seketika. Campur plak dengan koner kat Luang Prabang ntah berapa ribu koner aku layan. I really2 enjoy it. Enjoy the view at the mountain. Sampai ke MHS pun dah malam, cam besa kami carik guest house untuk bermalam.

 

 Activity melefer pun bermula 

  

 

  

Lazat kak melefer hehe...Maintain posing kak..muahahaha. Ending of melefer

 

  • Lampang (15.03.2011)
Pas bekpes kami pergilah ke opis yg mengeluarkan sticker dan sijil 1k koner oooo yessss....i did it lah. Jatuh plak on my bufday 15.03.2011, kiranya hadiah hari jadi akulah, alhamdulilah. Kebetulan kami berjumpa ngan brother backpack, memang hardcore backpack aku lupa plak nama dia. He gave us some directions for the next destination, thanks bro. Kami singgah ke Long Neck Village. Kat cni lah aku jatuh slide baik punya. Merentasi laluan yang berair dan berlumut. Time tu murah guru lepas, so, aku negok dia konfident aku pong selow2 lah. Aku tab ja break tangan aku, aku pong slide cecah lutut n siku dan kaki kanan aku kena hempap dek moto. Aku gelak jelah, kira jatuh bodoh. Kenangan seumur hidup. Hujan non stop, seharian hujan sampai bibir aku ni kebas, macham bibir Angelina Jolie. Kami meneruskan perjalanan ke Lampang. Aku notice, bila sampai ja ke mana2 destinasi, hujan pun turun. Kadang2 hujan turun dengan lebatnya. Pada aku hujan rahmat, hujan menyambut kedatangan. Hujan ka, panas ka aku bersyukur.

  

My birthday present so priceless. Jatuh pada hari jadi aku, 15.03.2011. At last, its mine the sticker and certificate  
Share the happiness 

 

"Bang ikut jalan ni tau, peh tu abang g jalan ni, belok sini, masuk sana"..Thanks bro for the directions (Aku lupa nama brother ni)

 You are beautiful no mather what they say, said, saying    
Ini pun tempat jatuh slide akan ku kenang...

Let me try this emmmm...

Taraaaa.....





 Pekena kopi ngan teh jap...sejuk ya amat

  At Lampang, we stay here for one night. Manyak2 guesthouse lah yang aku stay yang ni paberet aku

  

  

 

 

  • Bangkok (16.03.2011)
Murah guru pun bertanya pada aku, nak masuk Bongkok x? Aku say yes, aku nak. Alang2 dah sampai, taram semua. Nengok dia punya flying over berlayer2. Murah guru pesan pada aku, stay close, klu ko miss memang x jumpa lah. Jem dia mak aiii....rapat2. Aku punyalah close, close sampai sondol belakang Versys. Hehehehe..maaf kan saya ya, saya tidak sengaja. 

Hujan rahmat, terima kasih Tuhan

 Once upon a time ago Lil G was here, now Big V and Fjek..we stay here at Bangkok

 

 


  • Chumpon (17.03.2011)

Pas ja bekpes kami meneruskan perjalanan ke Chumpon, GPS plak show direction ntah hapa2 ntah. Murah guru ajar aku, off the GPS follow south for direction. Aku pun ikut lah alhamdulilah, kami dapat keluar dari bandar Bangkok.   

 

Dalam guest house ada kilang kopi dan teh...siap serve tu sarapan pagi untuk kami, makasey bang.


  • Hatyai (18.03.2011)

Dari Chumpon, Krabi, Hatyai in one day. Sampai ja Krabi barulah dapat jumpa matahari, terima kasih Tuhan. Kami ride hari2 dalam hujan. Start ujan dari Mea Hong Song .Hujan start dari pagi sampailah ke malam dan sampai lah ke esok kan pagi. Hujan non stop. Kami lunch di Krabi dan meneruskan perjalanan ke Hatyai untuk bermalam sebelum kami masuk Malaysia via Padang Besar. 


Kasi jemur apa yang patut

 

  

 

 

 

Malaysia (19.03.2011)

Syukur alhamdulilah kami sampai dengan selamat. Sujud syukur tidak ku lupa "Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" barulah aku faham akan erti istilah itu setelah merentasi 4 buah negara selama 13 hari. Kami disambut oley Nz York, Anas and the geng dan somalah, maaf klu ada nama yang saya lupa. Dengan rasa rendah diri saya ucapkan terima kasih manyak2. Saya amat menghargai. Setelah selesai semua kami pun  meneruskan perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk event Iron Butt. Di sini aku dapat berjumpa cnior overlander yang sudi berkongsi ilmu overlander dengan ku, sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga. 

 

"DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DI JUNJUNG, BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA", pesan Murahguru kepada ku, ingat sampai kemati

  

 Dengan rasa rendah diri, ribuan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi menyambut kepulangan kami di Jitra sebelum kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Klu ada terkasar bahasa dan perbuatan saya mohon ampun dan maaf

Im crying at her shoulder, she's the 1st person yang aku peluk lepas keluar border. Thanks Nz York

  With cnior overlander, thanks for sharing knowledge with me, im really2 appreciated. 

 Total millage for 4 nation

 

Penutup

Inilah pengalaman ride aku yang amat berharga bagi diri aku  kerana apa yang aku ingin tercapai. Jatuh bodoh, rebah sebab lemau ride -+700km, lenyek ayam sampai mati, cross border dengan bot, melefer sampai lebam, meet and touched local people, layan off road semuanya itu pengalaman yang amat berharga, sekali seumur hidup merasa. Perjalanan aku yang tidak seberapa jika di bandingkan dengan cnior overlander di luar sana. Terima kasih kepada keluarga, rakan2 yang mendoakan perjalanan kami semasa merentasi 4 buah negara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Murahguru, Hadi Hussien di atas tunjuk ajar yang diberikan, Gracias! Thanks! Merci! Dank!. Klu ada terkasar bahasa, perbuatan saya mohon ampun dan maaf sepanjang perjalanan 2 minggu. Klu panjang umur murah rezeki, manalah tau kan rezeki aku plak nak wat solo ride. Solo kemana ntah, main terjah ja. I felt that much, much, much more confident after i came back. Moto plak alhamdulilah tidak ada masalah, in term of fuel memang jimat sangat2. So its very2 economic, so x menyesal lah klu nak belasah off road, long distance berbaloi2. So pas ni x mustahillah jika Fjek akan ride pusing satu dunia, someday I believe.















 



 

Next i will update my 1st solo ride from Kuala Lumpur, Malaysia to Kanchanaburi, Thailand

 

 

 

 

 

 


 


 


 


 


 

 

 

 

 

 




















 

6 comments:

  1. im so proud of u !
    tahniah darling

    ReplyDelete
  2. thniahh arenim..msia bolehhhh..

    ReplyDelete
  3. Hi Arenim, I too have a crazy idea like yours. My new bike is coming out in Oct this year. Can we chat to discuss and share ideas on the journey as this will be my first trip ever. Contact me via mviran2000@yahoo.com Thanks and safe riding ya.

    ReplyDelete